Tuesday, December 15, 2009

Mak Dan Babah

Mak dan Babah...

Mak...

Di saat kau menatap keputusan itu,
pasti kau tertunduk pilu,

Mak...

Di saat kau menerima perkhabaran itu,
Pasti terbit jernih air di sudut bening mata mu,
membasahi garis-garis tua pipi mu,
yang kian pudar dimamah waktu,

Mak...

aku telah cuba yang terbaik untuk diriku,
apakan daya ku,
nasib tidak di sisiku...
Buatmu Mak
Moga kekhilafan diriku diampuni dirimu jua...

Babah...

lewat senja itu kau pulang bersama keringat yg masih menitis kebumi..
kelelahan
keletihan
kepenatan
adalah teman baikmu...
demi kelangsungan hidup anak-anakmu...
agar mereka berdiri utuh di hari muka...

Babah...

buat tatapan mu, insan mulia...
aku mengerti, aku bukanlah sesiapa
tanpamu di sisiku....

Babah...

tidak akan ternoktah jasa-jasamu,
tidak akan terbalas peluh keringatmu,
tidak akan terbalas pengorbananmu...

Babah

Hanya selautan kasih dapat ku curahkan,
untuk dirimu....

Mak dan Babah...

Tidak ada keredhaan Tuhan Tanpa keredhaan kamu....
Maafkan aku...

sentuhan pilu ini ku warkahi untuk mu....
dari anak mu.................................................

Seharum Darahmu...


Seharum darahmu...

Saat fajar menyingsing di ufuk timur
dan menutupi malam itu
saat itulah keringat mu tumpah
tumpah bukan kerana beban
tumpahnya keringat mu mempertahankan panji bulan dan bintang....

Seharum darahmu...

aku mengerti, jauh di lubuk hatimu
impian kedamaian, impian kebebasan
menggamit jiwa mu...
aku juga tahu ini juga bukan keterpaksaan
tapi semangat juangmu, semangat tidak gentar mu jua lah
yang membawamu ke sini...

Seharum darahmu...

Wahai insan terpilih
wahai pahlawan jihad
wahai penghuni inderaloka
wahai syuhada
aku jua ingin bersamamu
apakan dayaku wahai insan mulia?
hanya mulut ku sahaja berbicara ternyata langkahku belum bersedia
tetapi aku tetap masih berdoa agar bisa kita dipertemukan
jika tidak di dunia, ku harap di akhirat sana....

seharum darahmu...

celaka!
bangsat!
itulah perkataan
perkataan terhina untuk anjing-anjing yang merobek daging-daging saudara-saudara mu dan saudara-saudaraku...
akan ku ludah, akan ku pijak dan akan ku hina bendera tentara-tentara itu...

seharum darahmu...

wahai syuhada
air mata ini tumpah tatkala
wangian darahmu ku hidu
tidak aku meratap pemergianmu, saudara...
air mata ini air mata kemenangan untuk mu
kemenangan ke atas diri mu mengecapi bahagia di atas sana
seperti dijanjikan Rabbi untuk insan semulia dirimu
wangian darah mu, umpama wangian syurgawi
senyumlah wahai pahlawan syurga
senyumlah tika bidadari memimpin mu ke sana...
aku masih di sini
masih menghidu seharumnya darahmu
wangian dari suralaya..........


buat syuhada-syuhada palestin...
Damailah engkau di sana...
palestin 09

Friday, December 11, 2009

0704...

0704...
satu komuniti nombor yang aku rasa bagaikan mimpi fantasi berlegar di ruang kotak fikiran ku.... tetapi nombor inilah yang menghidupkan suasana suka dan duka di kota metropolitan ini...

0704...
tapi seharusnya aku sedar ini bukanlah fantasi bahkan ianya satu realiti yang aku tempuhi sepanjang kelewatan aku di sini... aku merasai kemanisan dan kepahitan hidup bersama sahabat, rakan dan teman yang seiring menggalas tanggungjawab supaya lebih utuh berdiri di hari muka....

0704...
cerita kita di sini... cerita kita bukan imaginasi kanak-kanak yang melewati malam nya bersama buku fantasi dan cerita kita juga bukan cerita indah suralaya yang jauh melintasi kotak pemikiran insan hina seperti kita... cerita kita adalah kepunyaa kita... berdiri sama jatuh dirasa...

0704...
cerita ini juga yang membawa aku ke sini membawa secebis rasa kasih bonda... setitis keringat ayahanda yang mahukan aku berdiri sendiri dan berjaya di hari muka... rakan-rakan, cerita ini cerita kita... memori ini memori kita... aku nikmatinya, aku merasainya dan aku menerimanya seperti mu juga.... kenangan ini walaupun tidak seindah suralaya, tidak juga seindah bidadari syurga tapi kenangan ini manis umpama gula, wangi seharum kasturi senja... cerita ini masih lagi cerita kita....................

selimpahan kasih buat... hadi, amer, mus, mie, dare-us, fuad, fitri dan epul...
buat rafiq, tiada kemanisan jika ada kepahitan...

sejunjung keikhlasan dan kemanisan dalam taman buat rakan-rakan seperjuangan...
Aizat besi, muechuk, abu, anwarruddin, eddy lan, syamim, shazwi, iqbal, fadh, ifwat, hakim, aditia, piji, faiz nyet, sheikh, abe hafiz, abe farheyk, nabil, wan ja, napi, ikhwa, danial, danial perak, naim, din kedah, jimmy, daus gemok, daus bass, aizat savvy, mat tongkat, jamal, chip, nek, zack, mr john, ujang, adam, amy klantan, wan pilus dan rakan-rakan yang lain.....

0704... cerita kita belum tamat di sini.............

Toge...


Toge...

mengikut istilah nya adalah satu sayuran. tapi bagi aku ia nama yang unik(hehehe)

ia adalah nama samaran aku dari aku umur 13 hingga kini... melekat sampai sekarang... aku sendiri tak pasti mengapa dan kenapa nama ini masih aku suka...


Toge...

cerita toge ini bermula apabila aku sekolah berasrama di mana di situ juga toge senior iaitu abg aku juga bersekolah di situ... mengikut cerita abg aku sendiri, sebelum dia masuk ada seorang ni suka sangat makan toge... terlampau addict la kot(hahaha)... dan apabila abg aku juga mempunyai muka yang seiras orang tu, maka abg aku juga dipanggil toge dan apabila aku sendiri juga masuk sekolah tu, aku juga dipanggila toge... begitulah ceritanya... memang x best cerita ini(hahahahaha)

Monday, December 7, 2009

Dunhill dan saya


Ibarat irama dan lagu... haha
sampai bila???

sudah pun 20 tahun

sudah pun 20 tahun aku bernafas, kaki aku melangkah dan mulut ku berbicara...
banyak aku belajar... haha...
buat babah ngan mak terima kasih ada kat sebelah bile susah dan senang...
buat along, angah, ime, kandar n adik... terima kasih untuk semua air mata dan keringat... hehe... untuk sahabat, Hadi, Amer dan Ayie terima kasih untuk semua... buat kawan-kawan... di Taiping, Ipoh dan Seri Iskandar ketawa kita mengundang ceria sedih kita mengundang nestapa...


Cerita 20 tahun...
Masih lagi aku berdiri... Walaupun aku sendiri tak taw mana tujuan aku...
tapi bile ingat-ingat balik cerita dulu... sedih ade, suke pun ade...
banyak yang aku belajar... belajar berkawan, belajar bercinta(hahahahaha)...
semua tu mematangkan aku jugak walaupun rase aku ni blum cukup matang lagi...
aku ni bagaikan serangga kecil di hutan, anak burung di awangan dan ikan kecil di lautan. masih banyak yang perlu aku belajar... aku akn terus, terus dan terus belajar lagi sampaikan nafas di rongga aku akan terhenti...

cerita 20 tahun...
aku masih sama... masih lagi bergelar anak kepada Ibrahim bin Ahmad dan Faridah binti Ali... hehe... confirm la sampai ke mati aku anak dieorang...
aku masih sama... masih Izwan yang dulu... masih seorang insan yang akan mendambakan Ilmu, sahabat, kawan dan teman... seriously tanpa mereka, aku ni bukan sesiapa...
dulu, aku keliru... keliru tujuan aku... keliru matlamat aku... gambaran kabur, ilusi kaku... cuma kini walaupun masih belum sepenuhnya bersedia, aku juga mempunyai cita-cita...
bukan cerita dongeng lagi, bukan cerita cinta di dalam isi sesebuah novel lagi... yang tinggal cuma impian dan hasrat hakiki... cerita kita belum tamat di sini...
aku adalah aku....