Friday, December 11, 2009

0704...

0704...
satu komuniti nombor yang aku rasa bagaikan mimpi fantasi berlegar di ruang kotak fikiran ku.... tetapi nombor inilah yang menghidupkan suasana suka dan duka di kota metropolitan ini...

0704...
tapi seharusnya aku sedar ini bukanlah fantasi bahkan ianya satu realiti yang aku tempuhi sepanjang kelewatan aku di sini... aku merasai kemanisan dan kepahitan hidup bersama sahabat, rakan dan teman yang seiring menggalas tanggungjawab supaya lebih utuh berdiri di hari muka....

0704...
cerita kita di sini... cerita kita bukan imaginasi kanak-kanak yang melewati malam nya bersama buku fantasi dan cerita kita juga bukan cerita indah suralaya yang jauh melintasi kotak pemikiran insan hina seperti kita... cerita kita adalah kepunyaa kita... berdiri sama jatuh dirasa...

0704...
cerita ini juga yang membawa aku ke sini membawa secebis rasa kasih bonda... setitis keringat ayahanda yang mahukan aku berdiri sendiri dan berjaya di hari muka... rakan-rakan, cerita ini cerita kita... memori ini memori kita... aku nikmatinya, aku merasainya dan aku menerimanya seperti mu juga.... kenangan ini walaupun tidak seindah suralaya, tidak juga seindah bidadari syurga tapi kenangan ini manis umpama gula, wangi seharum kasturi senja... cerita ini masih lagi cerita kita....................

selimpahan kasih buat... hadi, amer, mus, mie, dare-us, fuad, fitri dan epul...
buat rafiq, tiada kemanisan jika ada kepahitan...

sejunjung keikhlasan dan kemanisan dalam taman buat rakan-rakan seperjuangan...
Aizat besi, muechuk, abu, anwarruddin, eddy lan, syamim, shazwi, iqbal, fadh, ifwat, hakim, aditia, piji, faiz nyet, sheikh, abe hafiz, abe farheyk, nabil, wan ja, napi, ikhwa, danial, danial perak, naim, din kedah, jimmy, daus gemok, daus bass, aizat savvy, mat tongkat, jamal, chip, nek, zack, mr john, ujang, adam, amy klantan, wan pilus dan rakan-rakan yang lain.....

0704... cerita kita belum tamat di sini.............

No comments:

Post a Comment